KESIMPULAN
Secara teori dan praktikalnya, konsep Kosher dan halal jelas mempunyai
persamaan dan perbezaan dalam beberapa aspek yang utama. Perbezaan yang terdapat
dalam perinsip makanan Kosher menyebabkan sebahagian makanan Kosher yang tidak
selari dengan syariat Islam dan seterusnya ia haram dimakan oleh umat Islam.
Kajian ini telah menjelaskan perbezaan dan persamaan yang terdapat dalam prinsip makanan Kosher dan halal dalam perspektif pemikiran hukum Islam. Perbahasan makanan ahli Kitab telah lama dibincangkan, namun kajian ini telah mengupas perbezaan dari aspek makanan ahli Kitab kini, khususnya pada makanan Kosher penganut Yahudi. Perselisihan pandangan dalam pemilihan makanan Kosher dan ahli Kitab telah dibincangkan secara rencam dalam kajian.
Perbincangan utama dari aspek penyembelihan telah menjelaskan kaedah yang perlu digunapakai oleh sembelihan haiwan Kosher bagi menjadikannya halal bagi umat Islam. Secara asasnya, bagi menentukan status halal makanan halal sudah pasti ia akan merangkumi keseluruhan aspek penyediaan bahan asal (raw material), aspek pemprosesaan makanan dan bahan akhir (finish product). Bahan asal biasanya terdiri dari daripada sumber yang berasaskan haiwan dan tumbuhan. Berasaskan kajian yang dijalankan, penggunaan sumber haiwan perlu diberikan lebih pengawasan yang terperinci berbanding makanan dari sumber tumbuhan.

Comments
Post a Comment