HALAL VS KOSHER
Seringkali kita mendengar terma Halal dan Kosher yang menjadi bualan masyarakat kini. Ramai di kalangan kita yang mudah keliru dan tersalah anggap mengenai dua perkara ini. Halal ini merupakan terma dan kepercayaan bagi masyarakat yang beragama Islam. Manakala Kosher merupakan terma dalam masyarakat Yahudi. Usaha dalam menyamakan kedua terma ini merupakan adalah sesuatu yang salah dan perlu diperbetulkan. Oleh itu, perkara ini perlu dititikberatkan.
Halal adalah sesuatu yang dibenarkan menurut undang-undang Islam. Istilah ini meliputi dan menetapkan tidak hanya makanan dan minuman yang dibenarkan menurut undang-undang Islam tetapi juga semua hal dalam kehidupan seharian.
Makanan Kosher adalah mereka yang mematuhi peraturan Kashrut iaitu undang-undang pemakanan Yahudi.
Untuk menyembelih haiwan dengan cara yang halal, penyembelih mestilah beragama Islam manakala haiwan yang dianggap makanan Kosher perlu disembelih oleh orang Yahudi.
Selain itu, semua jenis buah-buahan dan sayur-sayuran dikira Halal manakala sesuatu makanan itu dianggap makanan Kosher sekiranya tiada serangga ditemui di dalamnya.
Video di bawah ini menunjukkan bagaimana untuk meyediakan hidangan Kosher :
Video di bawah ini menunjukkan perbezaan hidangan Kosher dan hidangan Halal :

PERBANDINGAN ANTARA HALAL DAN KOSHER
| Bil | Perkara | ![]()
Kosher@Kashrut
| ![]()
Halal
|
| 1 | Takrif | Kosher: sesuai dan diterima untuk penganut yahudi.
Lawannya Treifah
| Halal : boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam.
Lawannya haram
|
| 2 | Babi dan semua produk darinya | Treif@treifah | Haram |
| 3 | Ruminan dan Poultry | Kosher (jika disembelih) | Halal (jika disembelih dengan nama Allah) |
| 4 | Penyembelih | Penganut yahudi yang terlatih | Penganut Islam yang dewasa dan waras |
| 5 | Bacaan semasa penyembelihan | Hanya semasa memulakan penyembelihan sahaja | Diniatkan sembelih pada setiap sembelihan dan sunat baca basmalah serta wajib hadir sepanjang waktu. |
| 6 | darah | Treif | Haram |
| 7 | Gelatin | a) ada yang terima bovine dan fish gelatin sahaja
b) Majoriti terima porcine gelatin
| Porcine gelatin dan gelatin dari binatang yang tidak disembelih adalah haram. |
| 8 | Enzymes dan cheese | a) Hanya dari sumber mikrob
b) Majoriti terima dari sumber apa pun – Kosher
| Hanya dari sumber porcine ditolak (haram) |
| 9 | Alkohol | Kosher | Haram |
| 10 | Ikan | a) Ikan bersisik dan bersirip adalah Kosher
b) Ikan tanpa sisik adalah Kosher (Trief)
c)Makanan laut (tidak kosher)
| Semua ikan adalah halal kecuali yang beracun |
| 11 | Susu | Kosher | Halal |
| 12 | Tumbuh-tumbuhan,buah-buahan,telur (makanan bukan daging dan tenusu) | Kosher | Halal kecuali yang beracun dan memabukkan |
| 13 | Campuran daging dengan susu | Tidak Kosher | Halal |
| 14 | Haiwan Karnivor
Binatang dua alam
| Trief
Trief
| Haram
Haram
|
| 15 | Pembersihan peralatan dan mesin | a) Mesti dicuci setiap kali digunakan dan sebelum disahkan kosher
b)Ia mesti dikosherkan
c) Direhatkan selama 24 jam, sebelum memulakan produksi lain.
| a) mesti bersih sewajarnya dan disamak terlebih dahulu jika ia bersentuhan dengan najis berat.
b) tiada peraturan mesin direhatkan.
|
| 16 | Leaven Food (Chametz)
a)Wheat
b) Barley
c) Spelt
d)Rye
e) Oats
| Trief, hanya kosher untuk perayaan Possover sahaja. | Halal kecuali bertukar menjadi arak |
| 17 | Penerimaan | a)Yahudi tidak menerima halal
b) Penyembelihan orang Islam tidak diiktiraf oleh Yahudi
| a) Islam tidak menerima Kosher
b) Penyembelihan Yahudi dan Kristian tidak diiktiraf secara rasmi.
|
Video di bawah ini menunjukkan bagaimana untuk meyediakan hidangan Kosher :
Video di bawah ini menunjukkan perbezaan hidangan Kosher dan hidangan Halal :

Comments
Post a Comment