KOSHER
Makanan Kosher adalah mereka yang mematuhi peraturan Kashrut (Undang-undang pemakanan).Makanan yang boleh dimakan menurut halakha (undang-undang) dinamakan Kosher
Kitab Taurat menyenaraikan makhluk bersayap sebagai tidak boleh dimakan. Sebagai contoh, burung mangsa, burung-burung yang memakan burung lain dan kelawar. Kitab Taurat membenarkan makan ikan yang tinggal di perairan (laut dan sungai) sekiranya ia mempunyai kedua-dua sirip dan sisik.
Untuk sebab-sebab yang jelas, menambahkan peraturan iaitu larangan terhadap memakan binatang-binatang beracun. Yoreh De'ah (undang-undang Yahudi) melarang minum air sekiranya air itu ditinggal semalaman dan ditemui di kawasan yang berkemungkinan ada ular kerana takut ular itu meninggalkan racun.
Selain itu, Kitab Samud dan Yoreh De'ah menyatakan bahawa memakan daging dan ikan bersama boleh menyebabkan 'tzaraath'. Orang Yahudi Ortodoks bertegas untuk tidak menggabungkan kedua-dua ini dalam pemakanan manakala ada orang Yahudi Konservatif yang membolehkan dan tidak membolehkan gabungan kedua-dua makanan ini.
"Tzaraath menggambarkan keadaan yang tidak sempurna/cacat pada kulit atau bulu"
Pikuach nefesh iaitu membolehkan undang-undang Kashrut dilanggar sekiranya nyawa seseorang dalam bahaya semata-mata untuk menyelamatkan dirinya dengan makan makanan yang tidak dianggap makanan Kosher atau apabila seseorang akan mati kelaparan sekiranya tidak makan makanan yang bukan Kosher.
"Pikuach Nefesh "menyelamatkan nyawa" menggambarkan prinsip dalam hukum Yahudi bahawa pemeliharaan kehidupan manusia mengatasi hampir semua pertimbangan agama lain"
Comments
Post a Comment